2009年7月2日星期四

Contact Us

Contact Us:

No Telephone : 06-4576228
No Fax : 06-4576207

Address:

SJKC CHUNG SAN ROMPIN
73500 ROMPIN
NEGERI SEMBILAN

Carta Organisasi Induk Pusat Sumber Sekolah

Carta Organisasi Induk Pusat Sumber Sekolah
SJK© Chung San
2012

Pengerusi
Puan Leong Ah Ying

Naib Pengerusi
Cik Wong Huey Jiun

Setiausaha
Puan Lai Shiak Yen

AJK 

Alat Pandang Dengar                 Perkembangan Staf
  Cik Koong Yan Shan                    Puan Tang Kuan Kiew

Pusat Sumber Sekolah                          Kurikulum
Cik Wong Huey Jiun                      Cik Tang Kuan Kiew


2009年7月1日星期三

Sukan SJKC CHUNG SAN 2008








NICE VIEW of "sukan" SJKC Chung SAN~
!!

VISI PSS

Menyediakan PSS sebagai gedung penyimpanan dan penyebaran ilmu yang bakal melahirkan generasi yang akan datang penuh dengan ilmu dari segi
JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEKTUAL.

MISI PSS

Menjelang tahun 2013 PSS Chung San akan dapat menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh guru dan pelajar sama ada dari segi bahan bercetak mahupun bahan bukan cetak.

Pusat Sumber

  1. Anda dilarang masuk tanpa kebenaran guru.
  2. Anda dilarang mengusik suis elektrik tanpa kebenaran guru.
  3. Anda dilarang sama sekali mengusik barang talian/ sambungan kawat yang terdapat di belakang TV/ VCD/ DMT ASTRO/ Video/ Radio/ Komputer atau membuka tudungnya.
  4. Anda dilarang mengalih atau membawa alat lekuar dari bilik ini.
  5. Anda mesti melaporkan sebarang kerosakan dan kemalangan yang berlaku di dalam bilik ini.
  6. Anda dilarang membuat bising, makan, minum, bermain dan berkejar-kejaran di dalam bilik ini.
  7. Anda mesti sentiasa menjaga kebersihan bilik dan memastikan lantai bilik tidak licin.
  8. Anda mesti memastikan kerusi-kerusi tersusun dengan kemas dan bersih sebelum keluar.
  9. Anda mesti memastikan suis atau punca kuasa elektrik, kipas dan lampu ditutup sebelum keluar.
  10. Anda mesti mendapatkan kebenaran daripada guru sebelum keluar bilik ini.

Panduan Menggunakan Perpustakaan

1. Semasa kelas berjalan murid murid dibenarkan ke perpustakaan hanya mengikut jadual waktu sahaja .Waktu lain tidak dibernakan.

2. Pemilihan buku hendaklah cermat. Jika tidak sesuai letakkan semula ditempat asalnya. Susun dengan baik.

3. Berbual, makan dan minum adalah dilarang di dalam perpustakaan.

4. Semua jenis alat atau beg tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.

5. Hanya murid yang mempunyai kad jemputan dibenarkan membuat pinjaman.

6. Peminjaman buku hendaklah dalam jangka masa seminggu sahaja. Denda sebanyak 5 sen sehari akan dikenakan bagi kelewatan setiap satu hari bagi pemulangan buku.

7. Akibat kecuaian, buku yang rosak atau hilang semasa peminjaman akan dikenakan bayaran semula bagi harta buku tersebut.

8. Jagalah keselamatan buku, disiplin dan kerbersihan bilik perpustakaan semasa menggunakannya.

9. Sila letakkan semula buku yang telah dibaca.

Panduan menggunakan pusat sumber

Panduan guru

1. Gunakanlah perpustakaan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

2. Mengawal perpustakaan ketika menggunakannya. Guru hendaklah hadir bersama-sama semasa membawa murid murid ke perpustakaan.

3. Menjaga serta mengawal keselamatan tatatertib dan kebersihan.Pastikan murid murid mematuhi peraturan peraturan perpustakaan.

4. Mengambil perhatian berat apabila murid murid keluar dari bilik perpustakaan. Pastikan mereka tidak membawa buku keluar tanpa izin.

5. Memberi arahan kepada ketua atau penolong ketua kelas mengaturkan buku di atas rak sebelum meninggalkan perpustakaan.

6. Pastikan bilik perpustakaan sentiasa kemas selepas digunakan.

7. Mencatat segala penggunaan alatan, buku rujukan dan ruang Pusat Sumber dalam buku catatan yang disediakan.

8. Mengambil serta meletakkan semula alatan dan buku rujukan pada tempat asalnya.

9. Sedia memberi kerjasama dan pandangan serta cadangan kepada pihak Pusat Sumber untuk kebaikan semua.

Objektif Pusat Sumber Sekolah

Ø Mempertingkatkan taraf pengajara dan pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik

Ø Menggalakkan guru-guru dan murid-murid menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembalajaran

Ø Menggalakkan yabiat belajar sendiri,tabiat membaca di kalangan murid

Ø Membantu guru-guru dan murid-murid dalam usaha menghasil dan menilai berbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran

Ø Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu sama lain

Ø Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengsan dan mengdarkan berbagai-bagai maklumat, mengumpul, membuat kerja rujukan serta menggunakan alat-alat hardware.