2009年7月1日星期三

Panduan menggunakan pusat sumber

Panduan guru

1. Gunakanlah perpustakaan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

2. Mengawal perpustakaan ketika menggunakannya. Guru hendaklah hadir bersama-sama semasa membawa murid murid ke perpustakaan.

3. Menjaga serta mengawal keselamatan tatatertib dan kebersihan.Pastikan murid murid mematuhi peraturan peraturan perpustakaan.

4. Mengambil perhatian berat apabila murid murid keluar dari bilik perpustakaan. Pastikan mereka tidak membawa buku keluar tanpa izin.

5. Memberi arahan kepada ketua atau penolong ketua kelas mengaturkan buku di atas rak sebelum meninggalkan perpustakaan.

6. Pastikan bilik perpustakaan sentiasa kemas selepas digunakan.

7. Mencatat segala penggunaan alatan, buku rujukan dan ruang Pusat Sumber dalam buku catatan yang disediakan.

8. Mengambil serta meletakkan semula alatan dan buku rujukan pada tempat asalnya.

9. Sedia memberi kerjasama dan pandangan serta cadangan kepada pihak Pusat Sumber untuk kebaikan semua.

没有评论:

发表评论