2009年7月1日星期三

Falsafah Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat Sumber Sekolah memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya.

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan lemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

没有评论:

发表评论